Monday, August 19, 2013

HOMESTAY myMYRAYANA KELANTAN MALAYSIA





UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNG 0194807144 @ 0194658144
Email : azlee@ymail.com
Lengkap perabut, peti ais, dapur, mesin basuh dan sebagainya lagi. Cuma 1.2 km dari persimpangan pekan melor ke pekan gunung kelantan.

Lokasi strategi dan terdapat perbagai kemudahan seperti kedai 24 jam, stesyen minyak, bank dan banyak.

Insyallah akan ada bahagian dari bayaran sewaan anda di homestay ini akan saya sumbangkan kepada
MATIN - Mahaad Tahfiz Al-Quran Al-Imam An Nawawi

Maklumat lanjut sila klik link myMYARANA

MODUL ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 - SPM

Sains Tingkatan 4

Set 1 [ kertas 1] [kertas 2] [skema]

Set 2 [kertas 1] [ kertas 2] [skema]

Set 3 [ kertas 1] [kertas 2] [skema ]

Set 4 [ kertas 1] [ kertas 2] [ skema]

Set 5 [ kertas 1] [ kertas 2] [skema ]

Set 6 [ kertas 1] [ kertas 2] [ skema ]

ANTIVIRUS PERCUMA YANG TERBAIK 2012


Semakin ramai orang menggunakan Windows 7, semakin banyak virus dicipta untuk oleh pihak yang tak ada tanggungjawab. Biasa la tu, ramai orang guna lagi senang virus akan tersebar dan semakin berjayalah seorang pencipta virus.
Untuk memastikan anda selamat dari ancaman virus, spyware, malware dan sebagainya, perisian antivirus yang terbaik adalah perlu. Bagi yang ada bajet untuk membeli antivirus berbayar, itu adalah lebih baik. namun tak bermakna perisian percuma tak berkesan.

Sekarang kita ada lima pilihan antivirus percuma yang dijamin berkesan untuk mengelak serangan virus ke komputer anda.

Antivirus Percuma Terbaik

Avast Free Antivirus
Avast antivirus boleh didapati untuk kegunaan percuma dan komersial. Ia memberikan perlindungan virus lengkap untuk komputer anda. Enjin antivirus-nya dilengkapi dengan anti-spyware, firewall dan modul antispam untuk melindungi anda daripada skim phishing, kecurian identiti dan virus web internet.
AVG Free Antivirus
AVG telah berada di pasaran Antivirus sejak sekian lama dan mempunyai ramai pengguna setia mereka. Antaramuka pengguna AVG cukup sederhana dan ia hanya memerlukan satu minit untuk dipasang pada komputer anda.
Microsoft Security Essentials
Microsoft Security Essentials menyediakan perlindungan real-time untuk PC rumah anda yang melindungi daripada virus, spyware, dan software berbahaya yang lain. Microsoft Security Essentials adalah percuma dari Microsoft , mudah digunakan, dan selalu up-to-date dan anda boleh yakin PC anda dilindungi oleh teknologi terkini.
Panda Cloud Antivirus
Panda Cloud antivirus percuma yang pertama melindungi dari virus, spyware dan adware rootkit. Panda Antivirus Beta3 menyokong Windows 7 (32 dan 64bit). Antivirus ni akan membawa keluar BackgroundScan dengan mematikan operasi yang tidak diperlukan.
Avira AntiVir Personal
Salah satu perisian anvirus yang mudah digunakan dan ringan di pasaran. Ia bekerja dengan baik untuk mengesan virus, spyware, ancaman rootkit. Bahagian terbaik dari Avira adalah ia hebat dalam hal mencari malware.

ANTIVIRUS TERBAIK 2011

Memilih antivirus terbaik, tentu bukan sekadar program untuk pencegah virus dan penyelamat data semata-mata. anda perlu mendapatkan info sebanyak mungkin tentang antivirus yang akan menjadi pilihan anda. Yang paling banyak cirinya, yang ringan dan mudah dipasang, yang serasi dengan komputer anda dan yang pasti baik perkhidmatan dan pengemaskiniannya yang tidak mengecewakan.

Di internet, banyak ulasan yang diberikan tentang berbagai jenama antivirus yang beredar di pasaran. Urutan ranking antivirus tersebut juga naik-turun. Namun perlu diketahui, urutan di bawah ini, bukanlah ranking, namun hanya sekadar nombor urutan semata-mata. Pilihan ada di tangan anda. Semoga bermanfaat.

Top 10 Antivirus Berbayar Terbaik 2011:
1. Symantec Norton AntiVirus 2011
2. BitDefender Antivirus Pro 2011
3. G-Data AntiVirus 2011
4. Kaspersky Lab Anti-Virus 2011
5. Trend Micro Titanium Antivirus Plus 2011
6. Avast Pro Antivirus 5
7. Panda Antivirus Pro 2011
8. Avira Antivir Premium 10
9. Eset Nod32 Antivirus 4
10. GFI Vipre Antivirus 4

Top 10 Antivirus Percuma Terbaik 2011:
1. Avast! Home Edition
2. Comodo Anti-Virus Software Plus Firewall 2011 Version
3. AVG Antivir 2011 Free Edition
4. Bitdefender 2011 Free Edition
5. AVIRA Antivir Home Edition 2011
6. PC Tools Anti-virus 2011
7. Rising Anti-virus Free Edition 2011
8. DriveSentry Antivirus with Antispyware
9. Blink Personal Antivirus and Security Suite 2011 Version
10. ClamWin Free Edition 2011

Top 10 Internet Security Suites Terbaik 2011:
1. Symantec Norton Internet Security 2011
2. Kaspersky Lab Internet Security 2011
3. BitDefender Internet Security 2011
4. PC Tools Internet Security 2011
5. G-Data Internet Security 2011
6. F-Secure Internet Security 2011
7. Trend Micro Titanium Internet Security
8. Panda Internet Security 2011
9. Eset Smart Security 4.2
10. Avira Premium Internet Security Suite 10

Sumber daripada : http://www.myhackersarehere.com

ACID AND BASES

MALAM LAILATUL QADAR

Lailatul Qadar Kemuncak Ramadhan

Ramadhan diberkati dengan janji sejuta keampunan, rahmat dan ganjaran pahala daripada Allah SWT. Hari-hari yang dilalui dengan ibadat semata-mata kerana-Nya membawa kesan yang mendalam pada peribadi muslimin. Tidak terasa mereka telah menjadi manusia-manusia yang sabar dalam ketaatan dan cekal mengharungi ujian mengendali hawa nafsu. Begitulah keberkatan Ramadhan yang dirasai hamba yang salih. Dan kemuncak keberkatan itu telah datang. Iaitu Lailatul Qadar, malam yang dijanjikan lebih baik daripada seribu bulan. Jika dihitung banyaknya seribu bulan itu sama dengan 83 tahun umur manusia. Betapa bertuahnya umat Muhammad SAW, walaupun berumur pendek dari umat-umat terdahulu tetapi jika mereka mendapat Lailatul Qadar sama maknanya mereka beribadat selama 83 tahun lamanya. Adakah malam yang paling istimewa selain Lailatul Qadar? Adakah detik-detik paling berharga selain masa yang berputar ketika sepuluh malam terakhir Ramadhan?

Sesungguhnya iman yang menyala pada malam Lailatul Qadar merupakan hasil pancaran aura keikhlasan dari sanubari. Mengapa kita mesti tertipu dan menyerah kepada nafsu, syaitan dan syahwat yang sedapnya hanya sekejap sahaja? Sedangkan pada malam Lailatul Qadar ini Allah SWT dan para malaikat-Nya menyaksikan berjuta manusia yang menangis, bertaubat, memohon ampun, meminta perlindungan dan keselamatan mengharungi kehidupan dunia yang merbahaya. Mereka bangun dengan kekuatan iman dan pengharapan kepada Tuhannya. Mereka menghiris sendiri jiwa-jiwa mereka dengan pisau taubat dan tawakal. Mereka merasai pedih dan perihnya mengingati sejuta keterlanjuran dan kesilapan yang pernah dilakukan. Mereka merintih dengan suara yang menyayat hati sehingga terbukalah kekuatan langit yang gagah dan Allah sang Pemilik Yang Maha Rahman dan Rahim itu memandang mereka dengan pandangan kasih sayang. Diturunkan rahmat pada malam itu, diberikan segala permintaan yang dilafazkan, dipenuhi hati-hati mereka dengan rasa puas dan reda kepada Tuhannya. Tetapi siapakah kita pada malam yang syahdu itu? Mata yang terlena dengan mimpi indah sehingga melupakan ibadat pada malam itu yang akan membawa penyesalan di akhirat nanti. Kerana hamba-hamba Allah yang menghidupkan malam al-Qadar ini akan memperoleh ganjaran yang besar di sana. Berapa banyak orang yang terlepas peluang keemasan pada malam itu. Adakah kita salah seorang dari mereka?

Pengisian Lailatul Qadar

Rasulullah SAW mengajar umatnya untuk bersungguh-sungguh beribadat pada sepuluh terakhir Ramadhan. Sabda Rasulullah SAW: ”Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar (dengan sembahyang dan pelbagai jenis ibadat yang lain) sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Imam al-Nawawi Rahimahullah, dalam kitabnya (Al-Majmuk Juzuk 6 Halaman 403) berkata: ”Malam Lailatul Qadar dapat disaksikan oleh orang-orang yang dikehendaki Allah SWT pada tiap-tiap tahun dalam bulan Ramadhan, sebagaimana yang diterangkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW dan diberitakan oleh orang-orang salih.” Kemudian beliau menyebutkan penjelasan Imam al-Mawardi Rahimahullah dalam kitabnya al-Hawi: ”Bahawa orang yang dapat menyaksikan malam Lailatul Qadar, elok ia menyembunyikan perkara-perkara yang telah disaksikan (supaya ia terselamat dari perasaan riya’) dan hendaklah ia berdoa pada saat yang berkat itu dengan ikhlas dan sepenuh-penuh yakin dengan permintaan yang disukai mengenai agama dan dunianya.”

Demikianlah adab-adab orang yang melihat tanda-tanda Lailatul Qadar. Mungkin seseorang itu melihat kejadian luar biasa pada malam tersebut, akan tetapi semua tanda-tanda itu adalah tidak disyaratkan bagi setiap mereka yang dikurniakan Lailatul Qadar. Yang penting ialah taat mengerjakan amal ibadat kerana Allah SWT semata-mata kerana balasan-Nya akan dinikmati di dunia dan akhirat.

Doa pada malam al-Qadar

Ibadat yang dilakukan pada malam itu hendaklah mengikut kepada contoh ibadat Rasulullah SAW. Kerana apa-apa amalan yang tidak disandarkan kepada Nabi SAW dianggap sebagai bid’ah. Untuk itu kita boleh mengisi malam Lailatul Qadar ini dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang berbunyi: ”Dari Aisyah RA. Katanya: ”Saya pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: ”Ya Rasulullah bagaimana kiranya saya mengetahui akan malam Lailatul Qadar itu dengan tepat, apa yang akan saya doakan pada saat itu? Baginda menjawab berdoalah dengan doa berikut, maksudnya: Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-Mu) lagi suka memaafkan. Oleh itu maafkanlah salah silapku.” (Hadis Riwayat al-Turmuzi)

Tilawatul Quran Penawar Hati

Rasulullah SAW bertadarus dengan Malaikat Jibril AS pada bulan Ramadhan. Baginda melakukannya sebanyak dua kali khatam pada tahun baginda diwafatkan. Alangkah eloknya Sunnah Rasulullah SAW ini diikuti. Jika diberikan kekuatan pada diri kita sekali mengkhatamkan Al-Quran pada bulan Ramadhan, betapa beruntungnya kerana besarnya pahala di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: ”Dikatakan kepada orang yang berteman dengan Al-Quran: Bacalah dan bacalah sekali lagi serta bacalah dengan tartil sepertimana yang engkau lakukan di dunia kerana manzilahmu (kedudukan) terletak di akhir ayat yang engkau baca.” (Hadis riwayat al-Turmizi, Abu Daud dan Ahmad)

Al-Quran yang dibaca pada waktu malam menjadi penawar hati yang paling efektif. Jika sepanjang siang manusia sibuk dengan urusan mencari nafkah maka pada malam hari mereka mencari ketenangan dengan bermunajat dan bermuhasabah yang merupakan medan motivasi diri mencari kelemahan yang hendak diperbaiki. Salah satu cara memberi motivasi kepada hati ialah membaca al-Quran dengan tartil iaitu betul tajwid dan betul gerak hati atau penghayatan kepada bacaannya. Abu Zar RA meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa baginda SAW mendirikan solat malam membaca satu ayat yang diulang-ulang iaitu: Jika Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-Mu juga.” (Al-Maidah: 118).

Bacaan Rasulullah SAW yang diulang-ulang itu bermaksud untuk menghayati ayat tersebut. Begitu juga apabila ada ayat yang mengandungi ancaman hendaklah dibaca dengan suara yang mencerminkan ketakutan kepada Allah SWT. Dan apabila membaca ayat yang menceritakan khabar gembira maka bacalah dengan penuh pengharapan kepada-Nya. Jika menemui ayat tentang kejadian manusia maka hadirkanlah rasa syukur kerana Allah SWT mentakdirkan kita menjadi orang yang beriman, sebaliknya jika membaca ayat tentang sifat dan perbuatan orang-orang kafir maka berlindunglah kepada Allah SWT daripada kekufuran. Begitulah fungsi Al-Quran jika dibaca dengan penghayatan, maka malam-malam pada bulan Ramadhan ini akan terasa kesyahduannya di hati orang yang bermujahadah. Semoga Lailatul Qadar tahun ini membawa seribu satu makna yang melayakkan kita mendapat kedudukan mulia di sisi-Nya. Amin.

Sumber : Dr Juanda, Mufti Perlis

SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM

Kegemilangan tamadun islam dalam tempoh tidak kurang dari empat abad menjadi sejarah yang cukup manis dikenang oleh orang islam bahawa, suatu masa dahulu umat ini sememangnya sangat terkehadapan dalam sains dan tradisi keilmuan. Saintis muslim membintangi dunia keintelektualan dengan tamadun Baghdad sebagai puncak kegemilangannya, khususnya semasa era pemerintahan khalifah Harun al-Rashid dan puteranya al-Makmum.

Kepimpinan sains dan teknologi di dunia islam kemudiannya diambil alih oleh barat akibat kecuaian umat islam itu sendiri dalam mempertahankannya selain usaha barat yang mencemburui era keemasan itu sebelum ianya hancur dirempuh oleh tentera Mongol di abad ke 13. Tradisi keilmuan dunia islam seterusnya mengalami gerhana panjang sehingga ke hari ini akibat ketandusan pemikiran dan ilmu-ilmu pengetahuan moden yang selari dengan ajaran islam dalam menghadapi ancaman sains dan teknologi barat yang jelas membelakangkan sifat keinsanan yang ada dalam setiap manusia itu sendiri.

Sains dan teknologi Islam telah membangkitkan era Kegemilangan Eropah dari zaman kegelapan dan meraba-raba akibat tekanan dari pihak gereja. Di zaman gelap itu juga menyaksikan golongan saintis dan cerdik pandai mereka dipenjarakan dan juga dibunuh akibat salah faham golongan gereja dengan anggapan bahawa sains adalah satu aliran sihir yang berunsur syaitan. Namun begitu, kebangkitan Eropah menyaksikan keruntuhan ketamadunan Islam yang begitu cemerlang baik dalam kegiatan saintifik dan penyelidikan mahupun tradisi keilmuan di kalangan umat pada waktu itu. Hal ini kerana wujud konflik antara ahli-ahli agama dan golongan cerdik pandai sains Muslim, sama seperti penentangan golongan gereja kristian terhadap golongan cerdik pandai mereka. Lebih malang lagi apabila wujudnya suatu pemikiran yang menolak pengkajian saintifik dari barat dan harus ditentang. Pegangan sebegini masih lagi berlegar dalam segelintir masyarakat Islam sehingga kini.

Kegagalan melihat sains dan teknologi sebagai pemangkin dalam meningkatkan kesejahteraan dan martabat umat, memberikan kesan yang sangat negatif dalam usaha mengembalikan kegemilangan Islam seperti yang dibanggakan pada suatu masa dahulu. Isu-isu yang selalu dibangkitkan ialah bagaimana negara-negara Islam yang mempunyai penduduk majoriti di planet bumi ini dapat mempelopori penemuan dan ciptaan baru dalam sains dan teknologi selepas beberapa abad menjadi pengguna dan pengekor kemajuan teknologi barat yang belum tentu dapat dimanfaatkan dalam kesibukan dunia globalisasi kini.